Sunday, November 18, 2012

Demam Korea - Dulu KPop Kini Lamor2

Assalam semua

Semenjak jadi ibu ni, rutin penjagaan muka dah tak tentu. Bz la konon. Buat yang paling asas je. Cuma facial wash, lepas tu terus compact powder, takda dah alas mosturizer ke apa2.. hehe..tp takleh nak salahkan kehadiran Jannah, mama nya ni memang camni dari azali. Nak cantik, tapi malas. wahh..im being direct, dusshhh sekali bagi kat diri sendiri.

Tapi kalau di bagi peluang utk komen apa yg tak suka pada muka ni tentu sekali mama jannah akan cakap pori2 besar dan bekar parut jerawat yg dalam yang tak lekang dek panas, tak luput dek zaman ni. :) 

Tangan yg dua ni memang tak boleh duk diam kalau nampak jerawat kat muka. geram jerr..cam geram bila tengok pipi jannah..haha.. tau tak elok, tapi apakan daya,.aku insan yg lemah, tak mampu nk melawan godaan melihat jerawat yg menyimpan black head, white head tu. Alkesahnya...

Sebenarnya dah tak tau cara nk buat camana dengan parut ni. macam2 cara dah buat termasukla usha2 nk buat laser treatment dan cucuk vitamin C. Tapi mama jannah tak teruskan sebab ramai yg tak approve atas sebab2 risiko, kos dan mcm2 lagi lah.

Tapi alhamdulillah. Semenjak dijodohkan secara tak sengaja dgn Lamor2, minuman kolagen teknologi Korea ni, parut yg dah berzaman ada kt muka ni mula menghilang dengan guna sekotak shj. Sekotak tu pun bukan minum sebulan. Sebab dalam tu ada 15 sachets, jd MJ guna 2 minggu. Tapi wahhhh..resultnya memang SUPERBB..cuba tengok before and after Lamor2 image ni

                         Pls ignore the lighting dan fokuskan pada kesan parut jerawat di pipi

Jadi betullah apa yg seller ni cakap kat MJ masa nak membeli hari tu. Bila tengok list apa kebaikan Lamor2, MJ terus beli 1 set utk minum bersama hubby. Ni dia benefit kandungan yg ada dalam minuman kolagen Lamor2

  • Mengembalikan Kulit Muda dan Licin
  • Tona Kulit Lebih Cerah & Rata Mencerahkan Tompok Hitam & Kekusaman Kulit
  • Mengurangkan Kedutan Kulit
  • Mengembalikan Ketegangan dan Kelembutan Kulit
  • Berkesan Dalam Menegangkan Bahagian Payudara
  • Menghilangkan Noda Pada Kulit
  • Mengurangkan bintik-bintik hitam
  • Mengurangkan jerawat dan parut jerawat
  • Menggalakkan pertumbuhan rambut
  • Mengisi lekuk akibat parut 
 Nak tau lebih lanjut mengenai produk ni? Kandungan, cara minum, harga dan segala macam yg lain. nanti MJ buat entry khas utk produk Lamor2 ni ya. stay tuned!

Lamor2 Collagen - Demam KPop

Assalamualaikum semua

MJ memang berpuas hati dengan produk Lamor2 collagen drink ni. Orang kata kalau kita nk share ngn orang kebaikan produk, mestila kita harus guna dulu.

Result dia sangat cepat, seawal minggu pertama minum dah boleh nampak  kesan. Mari kita tengok apa Lamor2 boleh buat kat kita


Ni pula kandungan dalam 1 sachet Lamor2

Kandungan di atas memang terbukti dapat melakukan semua fungsi pemulihan yg MJ sebut kan sebelumnya. Lebih baik, semuanya tanpa suntikan (Botox atau Vit C)








MJ nak admit satu hal kt sini. MJ gile sangat drama Korea.korang pun sama kan? hehe.. Semua ni lg bertambah suka masa mula2 mengandungkan puteri jannah. Dulu2 masa kt U selalu juga tengok ngn kawan2 di asrama, fuhhh masih teringat2lah cerita FULL HOUSE dan WINTER SONATA tu


Dah habis part zaman belajar, mula balik kegilaan ni lepas kawin. Alkisahnya bila hubby start subscribe channel 393 astro. hihi.. lepas satu drama, satu lagi, satu lagi dan satu lg. Seriously cam tak boleh berhenti jugak. Kenapa best? sebab budaya hormat ibu bapa, sopan santun dengan yg lebih tua dan beberapa hal lagi hampir menyamai budaya org melayu kita. Nenek Jannah pun boleh tersangkut minat Korean Drama. Tak cukup tengok waktu prime time, diulangnya repeat waktu siang harinya..haha..



Nasib baik, husband pun turut sama menonton, kalau tak ada juga dapat teguran comel dr hubby..haha..Dalam pada duk tengok diorang berlakon tu, kitorang ni betul2 amazed dgn kecantikan kulit dan figure diorang. cam plastik, kartun dilukis hero n heroin sume tu. pastu mula la family yg menonton sama kata, diorang ni gile pembedahan plastik. Memangla nampak cam kartun, sebab obses dengan badan kurus dan cosmetic surgery

Tak habis kat drama, bila MJ berkumpul 1 family ada pulak anak saudara ni yg mula menyanyi lagu Korea, demam KPop. aduiii, sampai ke anak sedara yg umur 10 tahun tu pun dah terpengaruh..hihi, maknye menasihat, tp budak2 biasala kan.. nak tegur lebih2 tak boleh kalau benda tu memberi kesan negatif. 


Lepas episod demam KPop, heboh pulak pasal demam Gangnam style baru2 ni. Banyak juga MJ baca negative feedback dari friends di fb, rata2 ngutuk pasal style korean yg diorang paparkan di video lagu tu. Its their lifestyle kan...jgn pulak kita ikut. As for MJ, lagu tu enjoy di dengar bila driving..hehe..yg lain tak nak komen lebih2.


Lepas abis demam lagu gangnam style, mata MJ ni banyak kali pula tengok produk2 fashion seperti baju2, kasut2 dan beg2 yg cantik, smart, dan genius di beberapa website online cam groupon, dealmates dan seumpamanya. MJ ada beli 1 bag 3 way style. yg boleh dijadikan backpack, dijadikan tote dan beg pakaian. Simple and genius


Dan demam terbaru sekarang adalah pasaran Malaysia sudah mula menerima produk kecantikan dan kesihatan Korea. Asasnya mudah, pengguna produk di Korea dan Malaysia adalah dari kulit yg lebih kurang sama, kulit asia. Dengan harga yg boleh dimiliki, efektif, tak hairanlah produk mereka makin membanjiri pasaran. First produk muka Korea yg MJ mula2 beli adalah foundation Naturactor, beli secara online dengan harga RM40 ja. Memang bagus produk tu dan sampai sekarang MJ masih gunakannya.


Dan kini dengan keberkesanan Lamor2 ke atas diri sendiri, MJ tidak boleh menafikan produk Korea ni. Produk yg baik kita guna ja. Jangan ada pilih kasih kecuali ke atas produk Israel. Kalau boleh tolong la boikot produk mereka utk kebebasan rakan muslim kita di Palestin



Wednesday, July 25, 2012

Puasa hari pertama di Kemaman

Assalam rakan2 yg anggun sekalian..hehe..

Buka puasa hari pertama anda kat mana tahun ni? as for me, kite pujuk abg kite balik Kemaman, umah mentua. Nk balik Kelantan jauh sgt kan. 4 hrs drive kira oklah..Masakan kat sana tak banyak beza ngan kat Kelantan. Bolehla jadi pengubat rasa

Sampai je kt Geliga, borong kt bazar Ramadhan bukan main lagi banyak. Antara yg jadi buruan satar, jeruk betik, jeruk seto, nasi dagang, ns kerabu n mcm2 lagi. Sedar tak sedar RM50 dah jadi beg2 plastik berisi makanan..tp 1 pun tak membazir,semua habis. Berbuka ramai2 dengan lebih 20 org adik ipar, ipar duai, dan anak2 mereka.

Pernah makan ke jeruk betik ni?

Ni pula menu masakan ma utk hari kedua berpuasa kat sana. Laksa terengganu..kuah putih dengan laksa gandum, kaler kuning first time makan ni.

Seronok bila ada adik beradik ramai. Gamat masa berbuka..lebih2 lagi dengan jeritan Jannah sbg iringan azan. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana ada kg utk balik dan bersenang hati dengan keluarga.
InsyaAllah, hujung puasa ni, abg dah janji utk amik cuti awal balik berbuka di Kota Bharu pulak. Tak sabar.....


Friday, July 20, 2012

Di sini bermula, perubahan hidup ku

Assalam,

Mungkin ada yg tak tau, sy adalah ahli aktif dengan network marketing  yg memasarkan produk kesihatan VeMMA (Vitamin, Essential Mineral, Mangosteen, Aloe Vera). Jus super antioksidan yg memberikan supplemen lengkap dalam bentuk cecair. Ini die

Secara ikhlasnya, sy harus berterima kasih kepada VeMMA. Sebab VeMMA lah saya berpeluang utk berhenti kerja dan memiliki masa dan wang serentak. Sebab VeMMA jugaklah ibu sy di kampung bebas dari tekanan darah tinggi. Sebab Vemma, sy boleh langsaikan hutang pinjaman peribadi dan kad kredit yg agak tinggi.. Juga sebab VeMMA, sy bahagia hingga kini.Wink wink

Sepanjang penglibatan sy dengan bisnes ni, banyak ilmu internet yg saya perolehi daripada program pendidikan yg ditawarkan oleh syarikat. Ketika bermula akhir 2009, ikhlas nk bgtau ilmu sy dalam bidang pemasaran internet adalah KOSONG. Facebook pun adik yg set up. hehe..Sedikit demi sedikit, sy belajar dgn seronok, dan dalam masa yg sama menerima bonus yg tak terjangkau dek pemikiran pada masa tersebut.

Sbg individu, sy rase sy makin matang selepas menceburi bisnes ni. Keyakinan bertambah. Tak caya, tengok gambar di bawah ni. Sy sebagai pengerusi majlis di dalam majlis gala VeMMA di Hotel Eastin, Damansara dalam tahun 2010. Crowd 1000 pax.  Masa ni, tengah menemuramah Dr Hanum Ali, tentang kandungan yg ada dalam produk VeMMA.


Berbekalkan semangat utk maju, sy byk menawarkan diri dan byk kali juga di jemput utk menyampaikan ceramah2 dalam event Vemma yg rata2 pendengarnya adalah mereka yg lebih tua dan berpangkat jauh lebih tinggi dari saya. Ini antara gambar2 event tersebut



Di bawah pula antara gambar2 event yg menjadi ingatan di hati


   
 

 







2009 tahun bermula, 2010-2011 tahun kemuncak, dan dari pertengahan 2011-2012 terpaksa slow down demi persiapan kahwin, mengandung dan melahirkan anak. Namun begitu, walaupun tak aktif, pendapatan masih berterusan setiap minggu, tidak pernah kosong. Dengan bonus inilah, sy survive di KL tanpa bekerja. Alhamdulillah.. Ini snapshot income dari Vemma dlm 2010.2011 dan 2012 coming soon.

 

Sekarang, Jannah dah makin besar (2 bln ketika menulis). Mama nye dah mula aktif kembali. Dengan berbekalkan ilmu yg ada, restu suami dan sokongan keluarga.. perjuangan bisnes diteruskan. Moga Allah permudahkan. 

Pertama kali berpuasa sbg isteri dan ibu :)

Assalam semua

Esok, 20 Julai 2012 dah mula puasa. Pertama kali berpuasa sebagai isteri, dan pertama kali juga berpuasa sbg ibu. Hmm..dah boleh bayangkan saat berbuka puasa dgn baby kat riba atau Jannah jadi alarm clock masa nk sahur..hihi. Tengok mata Jannah ni..masa ibu malas n letih pun, tengok mata die yg kesian ni, jd gagah jugak ibunya


Puasa belum mula, tp baju puteri dah siap beli. 15 pasang...huhu..soping masa sogo member card sale le ni..rambang mata tgk baju baby kiut2. Masa mula membayangkan ada baby raya ni, sy n hubby dah berkira2, bajet raya mesti banyak kat baby je nnti. betullaa...set brg kemas pn beli utk baby je tahun ni..maknye tahun depan punye bajet laa..haha, terpaksa berkorban utk anak tercenta..

K frens, akhir ucapan.. Mama jannah ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Mood Excited!!


Wednesday, July 18, 2012

Map2BRich E-Coaching - Mekanik Wang Abg Abu

Assalam semua

Kali ni mama Jannah online dari Oldtown White coffee. Pekena kopi kaww dr sini, elok2 sini sejuk lepas ujan lebat. Sementara menanti keje di klinik, online jap cari extra money. ;).

Bila check gmail, emel yg ditunggu2 sudah masuk. Emel dari Pakar Kewangan aka Mekanik $, Abang Abu. Sy pernah attend Seminar beliau last 2 yrs, "Dari 0 jd Jutawan". Die bersama Irfan Khairi, Azman Ching dan beberapa lg nama hebat. Memang tak menghampakan. Keluar dari dewan, i was totally a different person. Masa tu bayar $498. E-Coaching ni harganya $29.90 Singapore Dollar. Lbh kurang RM80.

Ini gambar2 dr event Seminar Dari 0 Hingga Jutawan



So back to Abg Abu e-coaching, arini punye pembelajaran adalah utk catatkan apa impian kita utk 2 tahun, 5 tahun dan 10 tahun akan datang.
Ok lah, sekarang jugak nk buat. For u frens, lets do it! Tak rugi...sy pernah buat ni, back then in 2006, just after my graduation. Masa tu buat plan utk 3 tahun..hihi, semua plan ada termasuklah utk kahwin dan  ada anak before age of 30, utk ada kereta, utk bekerja dari rumah, utk jadi isteri, ibu dan anak yg baik. Setakat ni, semua accomplished. Tak sangka, abang abu pun suruh buat camni. Agaknye die belajar dari Mama Jannah jugak ni..hehe

My LITTLE Jannah, my big WHY i should success

Jadi, ini la puteri nur jannah.  Buah hati ibu dan ayah. Dah 2 bulan 8 hari die arini. Saaangat comel!hihi.. Kalau tak comel, means that mak die pun tak comel kan? Haruslaaaa kite kata die extra comel.. ;p.
This pic was taken during her 'Cukur Jambul' ceremony.


Lagi gambar Jannah. Kali ni dengan ayahnye...my abam..

 Jannah, selepas cukur..botak abis ok! so, utk menampakkan die gugurl, ayah n ibu tindikkan subang seawal die berumur 2 bln. Ini gambarnye. Alahai anak ibu...





Jadi, inilah family kecil kite skrg ni..as a start :)