Wednesday, July 25, 2012

Puasa hari pertama di Kemaman

Assalam rakan2 yg anggun sekalian..hehe..

Buka puasa hari pertama anda kat mana tahun ni? as for me, kite pujuk abg kite balik Kemaman, umah mentua. Nk balik Kelantan jauh sgt kan. 4 hrs drive kira oklah..Masakan kat sana tak banyak beza ngan kat Kelantan. Bolehla jadi pengubat rasa

Sampai je kt Geliga, borong kt bazar Ramadhan bukan main lagi banyak. Antara yg jadi buruan satar, jeruk betik, jeruk seto, nasi dagang, ns kerabu n mcm2 lagi. Sedar tak sedar RM50 dah jadi beg2 plastik berisi makanan..tp 1 pun tak membazir,semua habis. Berbuka ramai2 dengan lebih 20 org adik ipar, ipar duai, dan anak2 mereka.

Pernah makan ke jeruk betik ni?

Ni pula menu masakan ma utk hari kedua berpuasa kat sana. Laksa terengganu..kuah putih dengan laksa gandum, kaler kuning first time makan ni.

Seronok bila ada adik beradik ramai. Gamat masa berbuka..lebih2 lagi dengan jeritan Jannah sbg iringan azan. Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana ada kg utk balik dan bersenang hati dengan keluarga.
InsyaAllah, hujung puasa ni, abg dah janji utk amik cuti awal balik berbuka di Kota Bharu pulak. Tak sabar.....